MEDIA SOSIAL, EMEL DAN CLOUD STORAGE
1.0 PENGENALAN Istilah “paperless world” yang digunakan pada zaman ini telah membuka dimensi baru untuk mencipta pelbagai cara penyimpanan data di samping dapat mengurangkan kos penggunaan kertas. Kadangkala pengguna tidak perasan e-mel yang dihantar kepada penerima mendatangkan masalah kepada server kerana disertakan dengan lampiran yang besar. Lampiran fail ini akan memenuhi ruang server dan akan mengakibatkan server tidak dapat menerima e-mel yang baru. Semakin banyak data atau maklumat yang pengguna simpan, maka semakin banyak ruang yang diperlukan. Biasanya data atau maklumat akan disimpan di “hard drives”, CD atau ” flash disk”, “thumb drive”, “external drive” atau “server”. Walau bagaimanapun, setiap masalah akan ada penyelesaiannya. Kesinambungan daripada itu, seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pengguna mula beralih ke penyimpanan fail Storan Awan atau “Cloud storage”. Apakah itu Storan Awan? Storan Awan adalah merupakan pe