Contoh surat rasmi
Fakulti
Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti
Pendidikan Sultan Idris
35900
Tanjong Malim
Perak
Darul Ridzuan
Fadlina Binti Razali
No. 45 Jalan Susuk 5
Taman Bernam Jaya
Tanjong Malim, 35900 Perak Darul Ridzuan. 16
JULAI 2019
Tuan/Puan
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TEKNOLOGI
MAKLUMAT)
Dengan
segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
(FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Pusat ICT sedang menjalankan
kajian bertajuk “Kajian Pengesanan Graduan
(Teknologi Maklumat)” seperti yang tersebut di atas.
2.
Sehubungan dengan itu, satu borang soal selidik
diedarkan bagi mengenalpasti kesesuaian Program Pendidikan Teknologi Maklumat
dari tahun 1997 hingga kini terhadap tugas-tugas sebagai guru teknologi
maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk
melengkapkan borang soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya
menggunakan sampul surat yang disediakan sebelum 1 Ogos 2012 supaya analisis statistik dapat dijalankan seterusnya.
3.
Jika pihak tuan/puan berminat untuk mengetahui
hasil analisis, sila nyatakan di dalam borang soal-selidik yang dilampirkan.
Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan Norhazalila Bt. Ahmad
Nordin (Telefon: 05-4506519 atau e-mel: ila@upsi.edu.my).
Akhir
kata, pihak FSKIK ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama
daripada pihak tuan/puan.
Yang
benar,
DR. Maizatul Hayati Mohamad
Yatim
Dekan
Fakulti
Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti
Pendidikan Sultan Idris
ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :0
ReplyDelete